TOKYO - JEPUN . Pengundi di Tokyo telah memilih Yuriko Koike, 64 sebagai gabenor wanita pertama di bandar tersebut, semalam, lapor BBC.
Yuriko bertanding dalam pilihan raya itu atas tiket bebas selepas partinya, Parti Demokratik Liberal tidak mencalonkan namanya dalam pilihan raya tersebut.
Bekas Menteri Pertahanan Jepun itu memperoleh lebih 2.9 juta undi dan menewaskan 20 calon lain termasuk yang disokong kerajaan, Hiroya Masuda.
Hiroya meraih 1.8 juta undi manakala seorang lagi calon yang menjadi perhatian iaitu seorang wartawan, Shuntaro Torigoe mendapat 1.3 juta undi.
“Saya akan memimpin Tokyo menjadi Tokyo yang kamu semua tidak pernah lihat,” katanya di hadapan penyokong-penyokongnya.
Populasi kota metropolitan itu mencecah 13.6 juta orang dengan lebih 12 bandar dan pekan.
Yuriko yang juga seorang bekas pembaca berita dikenali dengan kefasihannya berbahasa Inggeris mendapat pendidikan di Universiti Kaherah.
Penggal pentadbiran Yuriko nanti akan meliputi Sukan Olimpik 2020 di mana bandarnya itu akan menjadi tuan rumah.
Dalam pada itu, Yuriko berjanji untuk menggunakan pengalamannya dalam bidang kewartawanan dan pentadbiran semasa menjadi menteri untuk mempromosikan Tokyo sempena temasya sukan tersebut.
Kedua-dua penyandang jawatan itu sebelumnya meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan skandal duit.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: