Hukuman itu diputuskan Majistret Mohd Firdaus Salleh selepas Ramli Kamarudin, 30, mengaku bersalah atas empat pertuduhan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Ramli dari Bachang didakwa menipu Rasyidah Muhamad Noor, 27, dengan mengambil kereta Proton Persona mangsa bernilai RM53,000 di Batu 16, Solok Duku, Masjid Tanah, kira-kira jam 2 petang pada 26 April lalu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Ramli didakwa melakukan perbuatan sama, iaitu mengambil seutas gelang tangan emas bernilai RM5,000 dan sebuah komputer riba bernilai RM1,600 di lokasi sama, sekitar Januari lalu.
Sementara itu, pertuduhan terakhir, Ramli didakwa menipu mangsa dengan mengambil sebuah telefon bimbit bernilai RM800 di lokasi sama, Disember tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Meran Emai, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: