
KUALA LUMPUR - Para peniaga di Pudu Sentral di sini mengeluh memikirkan nasib apabila bilangan pengunjung ke gerai mereka semakin berkurangan.
Keadaan itu menyebabkan pendapatan seharian tidak setimpal dengan kadar sewa yang dikatakan tinggi sehingga membebankan mereka.
Hasil tinjauan Kosmo! selama dua jam semalam juga mendapati banyak ruang niaga terutama di medan selera lengang selain terdapat puluhan gerai yang masih belum beroperasi.
Mereka yang enggan diambil gambar mendakwa, keadaan itu berlaku sejak terminal itu dinaik taraf dan sesuatu perlu dilakukan supaya mereka tidak terus menanggung kerugian.
Nur Saleha, 40, mendakwa, dia kerugian hampir 75 peratus apabila hanya mampu menjana pendapatan sekitar RM150 sehari berbanding RM600 sebelum terminal itu dinaik taraf.
"Saya bukan menolak usaha-usaha menaik taraf terminal menjadi serba canggih tetapi lihatlah sendiri... memang lengang.
"Sewa gerai pula sudah mencecah RM900 sebulan. Itu pun setelah mengadakan empat kali rundingan dengan pihak pengurusan kerana sewa sebelum ini mencecah RM2,100 sebulan," katanya.
Gerai makan di pudu pengotor, layanan teruk & pekerja pengotor, serta makan tak sedap...
ReplyDelete26/11/12 aku pergi ke gerai makan pudu dengan penuh semangat & dengan perut yang lapar, tapi setelah makanan sampai, nasi lauk yang dah hampir basi, tek o panas aku order yang sampi teh'o panas yang memang tak panas langsung (air panas yang dh sejuk), sudu pulak tak basuh diberikan kepada aku (sudu hanya celup dalam air ja, basuh tak gosok & tak pakai sabun), bekas-bekas pinggan yang pelanggan dah makan dilunggukkan sahaja di atas meja.
Aku amat kecewa...