Sunday, March 11, 2012

Maksiat anak manja


HALIM yang bertubuh sasa menjadikan pusat urut sebagai tempat memuaskan nafsu seks. - Gambar hiasan


MENJADI anak remaja besar dugaannya. Tempoh usia di antara 14 hingga 21 tahun ibarat menempuh samudera yang bergelora. Jika tidak pandai mengemudi, kapal akan karam bersama segala isinya.

Badai yang sama pernah menenggelamkan Halim, remaja yang berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang.

Halim seorang anak manja kepada pasangan pensyarah kanan di sebuah universiti tempatan. Oleh kerana terlalu manjakan anak, apa sahaja kemahuan Halim akan dituruti ibu bapanya.

Pasangan itu boleh dikatakan agak berada. Walaupun mereka tinggal di sebuah rumah teres dua tingkat di Ampang, Selangor, kelibat kereta mewah daripada model BMW 5 Series, Mercedes dan Pajero sering dilihat di tempat letak kereta kediaman terbabit.

“Wang bukanlah satu masalah bagi saya. Apa sahaja jumlahnya, bapa bersedia membuka dompetnya untuk saya,” tutur Halim, 20.

Anak bongsu daripada dua beradik itu memberitahu, dia sering mendapat wang saku di antara RM200 hingga RM300.

“Saya menipu keluarga dengan mengatakan memerlukan duit saku lebih untuk membeli buku rujukan serta bayaran program yang dianjurkan sekolah,” katanya kepada Jurnal.

Halim menggambarkan kehidupan pada zaman persekolahan sebagai penuh dengan kemewahan. Di sekolah dia berlagak seperti anak jutawan dengan membelanja kawan-kawannya makan dan mengunjungi kedai permainan video.

Bagaimanapun, itu bukanlah tujuan sebenar Halim berbohong kepada ibu bapanya bagi mendapatkan wang. Halim mempunyai kegemaran yang tidak sepadan dengan usianya iaitu dia suka mengunjungi pusat urut di sekitar Kuala Lumpur.

Gadis urut

“Sebaik sahaja habis waktu persekolahan saya sering pergi ke pusat-pusat urut di sekitar Pudu dan Bukit Bintang untuk melampiaskan nafsu.

“Saya akan melanggan tukang urut yang cantik-cantik sahaja tidak kira dia gadis Melayu, Cina atau India.

“Walaupun gadis-gadis urut itu didakwa menawarkan perkhidmatan mengurut badan, saya lebih suka mendapatkan servis yang dianggap istimewa iaitu urut batin,” cerita Halim yang memiliki tubuh sasa.

Kata lelaki berketinggian 165 sentimeter ini, selain urut batin yang menelan kos sebanyak RM100 bagi satu sesi, dia juga akan memberikan bayaran tambahan kepada tukang urut yang bersetuju melakukan hubungan seks dengannya.

“Maksiat itu dilakukan di hotel-hotel murah. Keseronokan pada masa itu tidak terkira,” katanya yang mengakui melakukan perbuatan terkutuk itu sehingga berumur 18 tahun.

Halim juga memberitahu dia akan pergi ke pusat urut sekurang-kurangnya empat kali dalam seminggu.

Bukan itu sahaja, remaja ini diberi kebebasan untuk memandu kereta mewah keluarga semasa ibu bapanya berkursus di luar negara.

Halim akan bertukar-tukar membawa kereta mewah bapanya untuk bersuka ria bersama rakan-rakan di pusat hiburan.

Malah, peluang keemasan itu digunakannya untuk memikat wanita yang lebih berusia untuk melakukan hubungan seks.

“Kebiasaannya wanita yang menjadi sasaran ialah mereka yang bekerja di pasar raya dan pekerja industri di Ampang.

“Bukan susah untuk memikat mereka. Mula-mula saya akan belanja mereka makan di restoran sebelum membelikan hadiah seperti cincin dan rantai. Akhirnya mereka pasti terbabas di atas ranjang,” cerita Halim.

Sepanjang di sekolah menengah, dia malas untuk belajar dan keputusan peperiksaannya sekadar cukup makan.




Insaf

“Tetapi ibu bapa tidak pernah marah kerana saya selalu menipu mereka dengan buat-buat sibuk menelaah pelajaran semasa di rumah.

“Selain itu, saya juga mengupah rakan-rakan sekolah yang terdiri daripada jiran-jiran taman perumahan dengan wang. Sekiranya ibu bapa bertanya mengenai perihal diri saya di sekolah, mereka akan mengatakan yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

Tetapi perbuatan Halim akhirnya terbongkar juga apabila pihak sekolah melaporkan kepada keluarganya yang dia sering ponteng sekolah.

Selain itu, ramai jiran taman perumahan mengadu melihatnya berpeleseran di kompleks beli-belah semasa waktu persekolahan.

Sebaik sahaja mengetahui kisah sebenar anak mereka, ibu bapa Halim berasa cukup menyesal kerana memberikan kemewahan melampau kepada anak mereka itu.

Namun, usaha untuk mengubah anak mereka itu sia-sia kerana Halim sudah jauh terlanjur.

Oleh kerana sering dimarahi, dia cuba untuk melarikan diri dari rumah tetapi tidak lama kerana kekurangan wang untuk menampung kehidupan seharian.

Akhirnya selepas beberapa hari lari dia pulang semula ke rumah. Ibu bapanya tidak putus-putus menasihatkan Halim tetapi segala nasihat itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

“Saya sudah malas belajar. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekadar lulus sahaja. Namun, ibu bapa masih sayangkan saya. Mereka menghantar saya ke kolej untuk belajar mengenai enjin kereta.

“Pada mulanya sukar untuk saya berubah tetapi Alhamdulillah hati saya semakin jinak. Saya juga terfikir bagaimana nasib saya nanti jika ibu bapa saya tiada.

“Namun, perubahan itu sebenarnya cukup mahal harganya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: