Saturday, January 7, 2012

Van Halen gementar depan peminat


DAVID LEE ROTH (kiri) menyanyi manakala Eddie Van Halen bermain gitar di kelab Cafe Wha? New York kelmarin.


NEW YORK - Band rock veteran, Van Halen yang kini telah bersatu semula menghiburkan penonton di sebuah kelab terkenal di sini kelmarin.

Mereka menyampaikan lagu-lagu yang pernah menjadi hit sebelum ini seperti Jump dan Panama.

Persembahan tersebut diadakan di sebuah kelab popular, Cafe Wha? di West Village di sini.

Penyanyi band tersebut, David Lee Roth berkata, dia berasa sangat gementar pada persembahan kecil itu berbanding dengan persembahannya di Madison Square Garden.

Persembahan tersebut turut disertai ahli kumpulan yang lain iaitu Eddie Van Halen, 56, yang bermain gitar, abangnya, Alex Van Halen, 58, yang bermain dram manakala anak lelaki Eddie, Wolfgang bermain bass.

"Selamat datang ke penguasaan Van Halen," jerit Lee Roth sebelum band itu membuat membuat persembahan lagu You Really Got Me.

Persembahan itu berlangsung selama satu jam.

Suara Lee Roth masih bertenaga walaupun kualiti mikrofon yang digunakan rendah.

Lee Roth, 57, turut bercerita kepada penonton bahawa semasa dia berjalan-jalan di kelab itu ketika kecil, dia memasang impian untuk membuat persembahan di atas pentas kelab itu.

"Ia mengambil masa 50 tahun untuk mendapatkan persembahan ini," katanya.

Bapa saudara Lee Roth, Manny yang berusia 92 tahun duduk di sebelah bekas bintang tenis dunia, John McEnroe semasa Van Halen membuat persembahan."

Kumpulan ini akan melancarkan album A Different Kind of Truth pada 7 Februari depan.

Ia merupakan album penuh pertama band tersebut bersama Lee Roth sejak album berjudul 1984 dikeluarkan pada 31 Disember 1983.

Konsert jelajah Van Halen juga akan bermula pada Februari depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: