Saturday, January 7, 2012

Pelajar kejuruteraan Indonesia hasil kereta di bengkel


SEORANG pelajar jurutera menunjukkan enjin kereta Kiat Esemka di Solo, Jawa Tengah semalam.


SOLO - Kereta prototaip buatan pelajar-pelajar kejuruteraan Indonesia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada beberapa pegawai kanan pentadbiran negara ini yang mahu membelinya.

"Sepuluh buah kereta Kiat Esemka dihasilkan di bengkel Kiat Motor di bandar ini," kata pemilik bengkel tersebut, Sukiyat.

Model pertama dikeluarkan pada 2009 tetapi laporan media menyatakan Datuk Bandar Solo, Joko Widodo telah membeli sebuah kereta tersebut untuk kegunaan pejabat.

Beberapa pegawai lagi mula menunjukkan minat untuk membeli kereta tersebut yang dibina untuk lapan tempat duduk dan empat tempat duduk.

Kereta tersebut mendapat pujian Presiden Susilo bambang Yudhoyono.

Menurut Sukiyat: "Buat masa ini, ia mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk menghasilkan sebuah kereta."

Sebanyak 80 peratus komponen kereta itu dibuat di Indonesia dan kos pengeluaran pada skala kecil ialah di antara AS$8,200 (RM25,797) hingga AS$10,400 (RM32,718).

Kereta itu dikeluarkan sebagai satu latihan untuk pelajar sekolah tinggi vokasional dan bengkel itu belum bersedia untuk membuat pengeluaran pada skala besar-besaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: