|
|
SETIAP wanita mempunyai aroma peribadi yang melambangkan personaliti diri. Begitu juga dengan Nur Furyna Mohd. Azmir, 28. Wangian merupakan ekspresi dirinya yang sentiasa mahu tampil anggun dan menawan melalui semburan minyak wangi.
Biarpun sudah terlibat dengan dunia perniagaan kecantikan sejak tahun 2008 melalui sebuah spa milik keluarganya di Ipoh, Perak dan memperkenalkan produk penjagaan wajah di bawah jenama Nano-V, Furyna ingin melengkapi rangkaian perniagaannya dengan mengeluarkan minyak wangi pula.
"Wangian merupakan keperluan setiap generasi termasuklah kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan warga emas.
"Ia mempunyai pasaran yang sangat besar lebih-lebih lagi bagi wangian bebas alkohol yang tahan lama, harum dan harganya berpatutan," kata wanita yang selesa dipanggil Furyna ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Furyna yang menubuhkan syarikat Enigma Tech bersama suaminya, Saiful Safwan Ghazi, 28, dia melakukan kajian mendalam sebelum melancarkan jenama Pure Mediterranean Perfumes. Haruman itu merupakan koleksi haruman eksklusif untuk lelaki dan wanita.
"Saya dan suami memilih adunan haruman yang diinspirasikan oleh haruman-haruman terkenal dan paling disukai buat masa ini serta menjadi pilihan ramai di pasaran.
"Adunan haruman ini juga dihasilkan daripada pati gred A yang berkualiti tinggi dan mempunyai persamaan bau sehingga 99 peratus malah baunya lebih tahan lama," katanya.
Furyna memberitahu, Pure Mediterranean Perfumes bakal menjadi fenomena luar biasa kerana harumannya kekal pada pakaian lebih dari dua hari sekali gus memberi impak kepada si pemakai untuk tampil lebih berkeyakinan.
"Minyak wangi ini dihasilkan di Perancis tetapi dibotolkan di kilang kami di sini. Tidak seperti produk jenama terkenal lain di pasaran, walaupun ia mempunyai persamaan bau dengan produk terkenal tetapi ia bebas alkohol dan boleh dipakai untuk menunaikan solat.
"Malah, kami turut menyediakan haruman mengikut kesesuaian umur seperti wangian yang manis untuk golongan remaja dan haruman yang lembut untuk wanita matang," katanya.
Bercerita lanjut, Furyna memberitahu, terdapat lima set eksklusif yang mengandungi empat botol dalam setiap kotak iaitu set Macho dan Elegant untuk lelaki dan tiga set untuk wanita iaitu Sweet, Sexy dan Gorgeous.
Mampu milik
"Set Gorgeous adalah koleksi terbaharu di mana ia diinspirasikan oleh haruman Apple Blossom, Calvin Klein, Escape, Guess Women dan Paco Robanne Lady Million.
"Dijual pada harga RM28 sekotak, ia menjadi koleksi yang mampu dimiliki sesiapa sahaja," katanya.
Jelas Furyna, setiap orang mempunyai cita rasa berbeza dalam memilih haruman yang bersesuaian dengan jiwa masing-masing. Justeru, Pure Mediterranean Perfumes turut menyediakan pek individu botol besar dengan wajah baharu kotak kayu eksklusif berharga RM25 sahaja.
"Keindahan 35 variasi haruman untuk lelaki dan wanita yang dibawa mempunyai tarikan sensasi haruman yang memukau.
"Antara pilihan haruman lain adalah daripada rangkaian Giorgio Armani, Hugo Boss, Raplh Lauren, DKNY, Lancome dan sebagainya," katanya.
Pengeluaran Pure Mediterranean Perfumes kini boleh didapati di 30 buah stokis di seluruh Semenanjung, Singapura dan Brunei, malah turut membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat.
"Kami mengajak mereka yang ingin menambah pendapatan untuk menceburi bidang perniagaan dengan modal RM200 sahaja dan anda layak menjadi ejen kami dengan nama anda tertera di laman web www.pureperfumes.net.
"Kami juga mengalu-alukan stokis baharu dan sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 017-505 5528 dan 016-9169 937 atau sila like laman Facebook kami di Pure Mediterranean Perfumes untuk maklumat terkini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: