Thursday, January 26, 2012

Khasiat tambahan untuk anak cerdas


Mustaza Syikin Mustafa (kiri) mengiringi Pengurus Ana Muslim, Wan Mohd. Zaki Wan Zulkifli menandatangani poster SafwaKids pada pelancaran produk tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting dalam membentuk anak-anak yang cerdas dan cergas.

Bukan sekadar menyediakan keperluan asas malah yang paling penting memastikan mereka mendapat khasiat penuh.

Persoalannya bagaimana ibu bapa boleh mengukur sejauh mana makanan yang diberi pada anak memberikan khasiat yang diperlukan sewajarnya?

Dengan memberikan makanan rutin sahaja mungkin tidak cukup. Keadaan sekeliling seperti perubahan cuaca, penyebaran kuman dan udara yang tidak sihat turut memberi kesan terhadap kesihatan terutama kanak-kanak.

Sebab itu, ibu bapa perlu tahu kepentingan vitamin dan galian untuk tubuh anak dan bagaimana untuk memastikan keperluan tersebut memenuhi diet mereka.

Demi memenuhi keperluan itu, Safwa Health telah melancarkan rangkaian makan tambahan SafwaKids yang terdiri dari tablet kunyah minyak ikan dan vitamin tambahan serta multivitamin mudah kunyah.

Pengurus Kanan Produk Safwa Health, Mustaza Syikin Mustafa berkata, semua itu dirumus khas untuk membantu ibu bapa menambah khasiat yang kurang dalam pemakanan anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, katanya, rangkaian Safwakids disahkan halal oleh Jabatan Kamajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Safwa Kids tablet kunyah minyak ikan dan vitamin tambahan ini diperkaya dengan 125 miligram DHA (Docosahexaenoic Acid), asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan minda dan mata anak.

“Selain itu ia turut mengandungi 30 miligram Eicosapentaenoic acid (EPA), iodin, vitamin B1 dan B12.

“Manakala iodin pula membantu untuk penghasilan hormon tiroid, sementara vitamin B1 dan B12 pula memainkan peranan utama dalam pembangunan mental dan fizikal anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu multivitamin mudah kunyah Safwa Kids pula mengandungi vitamin C dan E untuk membantu melindungi kanak-kanak dari bahaya radikal bebas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: