Tuesday, January 24, 2012

Frankie dapat Aston Martin

CANTIK... penyanyi kumpulan “The Saturdays” memakai kasut tinggi  ketika memandu kereta Aston Martin Vantage  bersiar-siar di barat London.
CANTIK... penyanyi kumpulan “The Saturdays” memakai kasut tinggi ketika memandu kereta Aston Martin Vantage bersiar-siar di barat London.
FRANKIE bersama teman lelakinya,  Bridge.
FRANKIE bersama teman lelakinya, Bridge.

MEREKA telah bercinta selama lebih setahun, dan nampaknya hubungan Frankie Sandford dan Wayne Bridge semakin lama semakin erat.

Sebagai lambang cintanya kepada teman wanitanya, seorang penyanyi kumpulan “Saturdays”, pemain bola Manchester City, Bridge membelanjakan 135,000 pound (RM647,000) untuk membeli sebuah kereta Aston Martin Vantage untuk hari jadinya yang ke- 23 tahun baru-baru ini.

Penyanyi berambut perang yang jelita itu membawa kereta barunya di London semalam, dan kelihatan gembira dengan hadiah itu apabila melangkah keluar dari tempat pemandu.

Selain daripada keadaan kereta hitam yang anggun itu, hiasan dalam kereta yang dibuat daripada kulit itu juga dihiasi dengan awal nama Frankie.


Frankie tidak langsung melepaskan teman lelakinya, seorang ahli sukan berusia 31 tahun itu, ketika keluar dari kereta. Dia mengenakan kemeja- T berbelang, seluar jeans ketat dan jaket bulu.


Wayne pula mengenakan pakaian yang lebih santai, sepasang jean, jaket kulit hitam dan topi “beanie.”

Bintang bola sepak memberikan hadiah mewah itu beberapa hari selepas dia dikatakan membelanjakan RM1.2 juta untuk menganjurkan satu pesta kepada penyanyi itu.

Wayne dikatakan menjadi hos pesta yang diadakan di rumah mewahnya di Surrey, membelanjakan banyak wang supaya Frankie dapat menikmati hari yang paling indah.

Sumber yang hadir di majlis itu memberitahu Daily Star, “Segalanya diuruskan oleh kakanya Victoria dan Wayne dengan senang hati membayar semuanya. Mereka berdua memang benar-benar berseronok.

“Tetamu dibawa masuk ke sebuah khemah besar. Ia dihiasi dengan hiasan warna merah menyala dan putih dan dibahagi kepada dua.

“Separuh bahagian dijadikan seperti kelab malam dan disediakan deejay dan separuh lagi untuk tetamu berbual.”

Frankie turut memuat naik gamba r dalam Twitter gambar kek yang dibuat khas oleh Wayne untuk acara itu dengan tulisan, “Selamat Hari Jadi Untukku.”

Pasangan itu mula bercinta pada Disember 2010 dan tidak lama selepas itu Frankie pernah berkata, “Saya benar-benar sukakan Wayne. Semuanya pasti akan hebat.

“Tapi kami seperti pasangan biasa yang lain. Sejujurnya, saya tak tahu berapa lama kami akan bersama, ia sungguh cepat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: