Tuesday, October 5, 2010

Zulhuzaimy Masih Berahsia

Khabar angin mengenai hubungan rumahtangga yang bergolak menjadi persoalan. Hubungan cintanya dengan wanita lain yang secara terang terangan dipaparkan di Facebook menjadi bukti. Dikatakan telah melafazkan cerai untuk memulakan hidup dengan wanita yang dikenali melalui laman sosial itu.

Zulhuzaimy tampil memberi jawapan.


"Anda pastikah Facebook (FB) itu milik saya sendiri. Pada pengetahuan saya, ada tiga akaun FB yang menggunakan nama saya dan ketiga-tiga akaun tersebut bukan saya punya. Semuanya palsu kerana buat masa ini saya tidak menggunakan FB untuk berinteraksi.

"FB disalahguna adalah perkara biasa dan saya salah seorang mangsa. Memang saya baca sendiri ada percintaan dan sayang menyayang antara 'saya' dan wanita lain, sayangnya itu bukan saya. Ada pihak cuba mengambil kesempatan di sini. Bagi saya FB lebih banyak buruk daripada baik.

"Saya tak kisah bila terjadi perkara begini kerana dunia kita berputar. Buat baik dapat balasan yang baik dan sebaliknya.

"Seperti semua pasangan, setiap hubungan pasti akan ditimpa ujian dan masalah. Saya salah seorang daripadanya. Saya akui lalai dengan kerja, komitmen sehingga terlepas pandang perkara remeh yang sebenarnya boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga saya," ujarnya yang masih berselindung mengenai status sebenar rumahtangganya.

Jadi Penasihat Mari Menari

Mengakui agak terkejut apabila ditawarkan menjadi penasihat kepada tiga pasangan Mari Menari, sebuah program baru Astro. Namun, Zul tetap komited menyalurkan segala ilmu tarian dan pengalaman yang ada.

Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan ini mengakui banyak terlibat secara aktif dalam pentas muzikal dan secara tidak langsung dapat membantunya membimbing peserta Mari Menari.

"Saya pandai menari tapi tak hebat. Jadi kalau saya beri pendapat, peserta haruslah terima dan gunapakai dalam persembahan mereka nanti.

"Bagi saya semua orang boleh menari. Namun tarian itu haruslah dapat menceritakan sesuatu dan melibatkan rasa, roh dan jiwa. Saya sendiri belajar tarian tradisional dan saya akan tahu jika peserta menipu semasa menari, yakni menari dengan hanya menggerakkan tubuh tanpa penglibatan jiwa.

"Saya nak nasihatkan peserta agar tidak terlampau mengejar populariti. Apa yang penting disini tonjolkan kemahiran tarian anda dan saya akan bantu dengan terapkan teori tarian," ujarnya yang menolak untuk menyertai Sehati Berdansa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: