Friday, October 15, 2010

Semua Tahu Siapa Ameng - A. Aida

Tak habis-habis kisah perceraian golongan selebriti. Dari punca perceraian sehingga isu dalam kain menjadi tatapan. Orang awam hanya menjadi pemerhati dan pihak mahkamah mengadili, namun kesan buruk terpalit kepada industri hiburan yang tidak putus-putus dengan kontroversi.

Terbaru, Ameng mengeluarkan kenyataan bahawa bekas isterinya, A. Aida terlibat dengan suaminya, Suffian Sulaiman merancang konspirasi terhadapnya dengan teliti sehingga dihadapkan dengan tuduhan dadah.

Enggan berpeluk tubuh, A. Aida tampil membela diri setelah lama memerhatikan gelagat bekas penyanyi kumpulan Spring ini mencanang cerita ke seluruh media.

"Sebelum ini saya diam sebab tak mahu keruhkan keadaan. Tapi saya harus tegakkan kebenaran apabila isu semakin berlarutan.

"Semua tahu siapa Ameng. Dari dulu dia tak pernah berhenti terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ini bukanlah kali pertama.

"Saya dan suami tak pernah campurtangan dalam proses siasatan. Siapalah kami untuk berbuat begitu. Kalau benarlah seperti yang dikatakannya, dia berhak untuk buat laporan polis," katanya ketika ditemui.

Menjelaskan dirinya sudah cukup bersabar dengan segala penghinaan dan pembohongan yang dilakukan bekas suaminya. A. Aida mahu menyaman malu bekas suaminya dan membuat tuntutan serta tunggakan nafkah anak-anak.

"Kami buat laporan polis sebab ugutan jenayah. Saya ada bukti setiap SMS yang dihantar Ameng dan Eddie Hamid menjadi saksi. Saya mengadu kepada Eddie supaya nasihatkan Ameng kerana mereka kawan baik namun cara ini tetap tak berkesan.

"Langkah terbaik, saya adukan kepada suami dan dia hubungi Ameng supaya hentikan semua gangguan namun suami saya pula dimaki hamun. Saya ada bukti kerana perbualan tersebut dirakam," jelasnya.

Anak-Anak Takutkan Ameng

Ameng mendakwa mendapat panggilan daripada Suffian yang memberi amaran supaya tidak mengganggu keluarga serta dua anaknya atau dia akan dimasukkan ke penjara. Namun hal ini sekali lagi disangkal Aida. Menurutnya, hal anak-anak sengaja ditimbulkan untuk menutup salahnya.

"Saya tak pernah menghalang anak berjumpa dengan ayah mereka. Namun mereka sendiri takut untuk tinggal bersamanya. Mereka pernah berada dalam jagaannya tak sampai tiga bulan namun anak pertama saya larikan diri dari rumah dan dijumpai merayau-rayau sebab takutkan nak balik rumah. Menurutnya, Ameng selalu memukul dan memarahinya.

"Anak kedua juga pernah dilarikan ke Kerteh. Namun saya tetap bagi dia peluang sebab tak mahu hubungan silaturahim putus. Namun sikit pun dia tak hargai. Mengikut perjanjian, setiap bulan dia harus beri RM1,000 untuk nafkah anak-anak, namun sampai sekarang, saya tak pernah terima satu sen pun.

"Saya hanya mahu Ameng jangan ganggu hidup saya sekeluarga lagi. Dia boleh beritahu apa saja di mahkamah mengenai kehidupannya, namun jangan kaitkan kami. Kami tak ada kena mengena dengannya langsung," jelasnya kecewa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: