Friday, October 8, 2010

Russell derma hadiah perkahwinan


RUSSELL BRAND dan Katy Perry.


PELAKON komedi, Russell Brand dan tunangnya, Katy Perry telah meminta tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka supaya tidak membeli hadiah perkahwinan. Sebaliknya, pasangan ini bercadang untuk menderma wang yang bakal diperolehi daripada majlis itu nanti.

Pasangan itu yang dijangka berkahwin di India hujung bulan ini telah meminta rakan dan keluarga mereka supaya tidak memberikan hadiah mahal serta berjanji untuk menderma wang yang diperoleh pada majlis itu.

Kata Russell: "Katy dan saya memiliki karier yang baik dan adalah tidak manis untuk meminta hadiah. Jadi kami akan menderma sahaja hadiah atau wang yang diterima nanti pada majlis perkahwinan kami itu nanti."

Russell juga memberitahu majlis perkahwinannya itu akan dijalankan dengan penuh tradisi termasuk tarian pada pembukaan majlis dan ketika sarapan pagi. Tambahnya kepada juruhebah Heart 106.2, Harriet Scott: "Ia akan menjadi satu perkahwinan normal.

"Tarian serta perkara lain yang berlaku dalam perkahwinan akan dimasukkan sebagai agenda dalam perkahwinan kami. Apa yang pasti, ia akan menjadi hari yang indah bagi kami berdua."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: