Wednesday, October 6, 2010

Lembu diselamatkan dari dalam perigi


SEEKOR lembu terjatuh ke dalam perigi di Wiltshire, Britain baru-baru ini.


CRUDWELL, Britain - Seekor lembu bernasib baik kerana ia diselamatkan selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi sedalam tiga meter, lapor sebuah akhbar semalam.

Lembu betina berusia setahun itu yang terjatuh ke dalam air berlumpur, dinaikkan dengan menggunakan sejenis alat pengangkut oleh anggota-anggota bomba selepas ia diberikan ubat pelali.

Seramai 11 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian di sini dan memulakan operasi menyelamat selama dua jam 30 minit di sebuah ladang di sini.

Operasi itu bermula dengan mengeringkan perigi berkenaan baru-baru ini.

"Ini merupakan operasi menyelamat yang sukar kerana lokasinya tetapi menerusi kerjasama baik para anggota penyelamat dengan pemilik lembu, ia membuahkan hasil," kata seorang pegawai penyelamat, Adam Martin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: