Wednesday, October 6, 2010

Lea cantik kerana Glee


LEA MICHELE


AKTRES utama drama muzikal Glee, Lea Michele memberitahu pembabitannya dalam siri tersebut telah membuatkan dirinya berasa cantik.

Pelakon berusia 24 tahun itu yang menjayakan watak Rachel Berry mengaku dirinya lebih yakin dan siri itu telah membuatkan dirinya lupa akan kehidupan remajanya yang sukar.

Katanya: "Glee telah membuat saya berasa cantik. Kini apabila orang mula menyatakan bahawa saya cantik, saya tidak merasakan mereka sedang menipu. Glee telah menunjukkan bahawa saya cantik tidak kira bagaimana rupa paras saya.

"Saya membesar dalam komuniti di mana wajah saya tidak dikelaskan cantik. Kemudian apabila saya terlibat dalam Glee, saya sedar bahawa kecantikan itu lahir daripada dalaman diri seseorang. Jadi, saya amat berterima kasih dengan Glee."

Lea yang begitu yakin sekarang tidak kisah jika penulis skrip Glee membuat skrip menyindir saiz hidung serta payu daranya.

Tambahnya kepada majalah Marie Claire: "Apabila mereka bercerita mengenai payu dara yang terlalu kecil, saya sudah tidak peduli. Namun, saya gembira apabila mereka memuji saiz punggung saya."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: