
SABAK BERNAM – “Saya terlelap dan tidak tahu siapa langgar siapa sebelum bot yang saya bawa terbalik.” Demikian kata jurumudi bot pukat jerut yang hanya mahu dikenali sebagai Aboy, 33, yang terbalik di pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam dekat sini kelmarin disyaki berlanggar dengan sebuah kapal dagang.
Dalam kejadian itu, Aboy warga Thailand mengalami kecederaan ringan pada kaki.
Cerita Aboy, sebelum kejadian dia dan semua rakan-rakan letih selepas seharian menangkap ikan pada hari tersebut.
“Saya sendiri terlelap ketika memandu bot yang dalam perjalanan pulang ke Jeti Hutan Melintang, Perak dan ketika tersedar bot sudah terbalik menyebabkan saya cepat-cepat menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini semalam.
Namun katanya, sebelum kejadian itu, keadaan di laut bergelora kerana angin kencang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: