Saturday, October 2, 2010

Imej berlainan koleksi pengantin

KOMBINASI gaya retro dan sentuhan moden membuahkan hasil istimewa dan memberi imej berlainan pada koleksi terbaru pereka sinonim dengan rekaan baju pengantin dan busana anggun, Carven Ong.

CANTIK...rekaan gaun dengan jahitan lipatan halus.
CANTIK...rekaan gaun dengan jahitan lipatan halus.

GAYA RETRO...gaun kembang potongan klasik yang cukup menarik. FEMININ...gaya retro yang dimodenkan. ELEGAN...busana anggun untuk majlis malam hari daripada Ong.


FEMININ...gaya retro yang dimodenkan.
Bagaikan kembali kepada gaya retro di Perancis, Ong menampilkan himpunan pakaian adi busana menarik tidak mengenepikan gaya anggun wanita.

Gaya retro berkenaan pernah menjadi kegilaan masyarakat seluruh dunia sekitar era 1870-an dan 1920-an.

Ia kini kembali menjadi aliran fesyen apabila ramai pereka menjadikannya sebagai rujukan untuk mewarnai industri rekaan semasa.

Seiring dengan perubahan zaman, gaya retro berkenaan menerima sentuhan moden dan Ong tetap mengutamakan kebebasan dengan merubah corak pakaian bengkung gaun berlapis kepada Charleston yang lebih ringan beralun.

Menurut Ong, koleksi gaun malam rekaannya kali ini sarat dengan ilham fesyen Victoria kurun pertengahan hingga akhir ke-19 yang melanda kota fesyen, Paris.
Koleksi berkenaan menyerlahkan lagi ciri kewanitaan pemakainya.“Untuk menimbulkan lagi mood retro, renda serta ­jahitan berlipat halus ­digunakan pada hampir kebanyakan rekaan.


“Ia turut dihiaskan lagi dengan manik dan kristal yang menimbulkan imej tersendiri pemiliknya,” kata Ong pada majlis peragaan khas di KLCC, baru-baru ini, sempena pelancaran koleksi warna terbaru Lancome, French Coquettes.Kegemilangan gaya retro juga turut mempengaruhi aliran gaya solekan dan rambut.

Berdasarkan idea terbabit, French Coquettes rekaan De Mey menampilkan koleksi warna solekan yang menggambarkan wanita berani mengecap kebebasan dengan identiti baru.

Ia adalah batu loncatan mempamerkan keyakinan dalam gaya, pakaian, rambut, solekan dan apa saja yang dilakukan.

Selain itu, Folli Follie memperkenalkan set aksesori yang serasi dengan gaya lama di kota Paris. Rekaan terbaru daripada Follie menampilkan aksesori seperti rantai, gelang tangan dan subang yang disaluti emas dan perak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: