Saturday, October 2, 2010

'Goyang gergaji’ tidak kesunyian

PADA era 1980-an dan 1990-an lalu, gelaran ratu filem seram Indonesia menjadi milik pelakon Suzana Martha Frederika atau Suzana.

POPULAR...apakah Dewi Perssik bakal jadi Ratu Filem seram Indonesia yang baru?
POPULAR...apakah Dewi Perssik bakal jadi Ratu Filem seram Indonesia yang baru?
Justeru, selepas kematian Suzana dua tahun lalu, kini penyanyi dangdut seksi dan jelita, Dewi Perssik, 25, pula menjadi taruhan baru yang berani melakonkan aksi panas.

Bintang muda kelahiran Jamber, Jawa Timur, Indonesia itu menjadi perhatian ramai selepas berjaya membuktikan lakonan hebatnya dalam filem Tali Pocong Perawan pada 2008.

Sekalipun ia filem pertama yang boleh dianggap percubaan baginya sebagai aktres, kemunculan Dewi Perssik tidak menghampakan.

Sejak itu, wanita yang sudah menggenggam status janda buat kali kedua ini meraih satu demi satu tawaran berlakon filem seram.

Dalam tempoh dua tahun, Dewi Perssik atau nama sebenarnya, Dewi Murya Agung sudah membintangi filem seperti Tusuk Kuntilanak, Tiran Mati Kemaren dan Tiran (Mati Di Ranjang).Bahkan, menerusi filem Tiran Mati Kemaren yang ditayangkan pada 2008, Dewi yang melakonkan watak Rianti bergandingan dengan bekas suaminya, Aldi Taher sebagai Reno.


Sebelum bernikah dengan Aldi yang juga aktor sinetron dan model iklan, Dewi Perssik pernah menjadi isteri Saiful Jamil.Saiful, seorang penyanyi dangdut lelaki popular di Indonesia mengahwini Dewi Perssik pada 26 Jun 2005. Hampir tiga tahun hidup bersama, pasangan itu sah bercerai pada 14 Februari 2008.Namun, Dewi Perssik dikaitkan pula bercinta dengan Ferry Farid Yusuf Mansyur yang menetap di Belanda.


Bagaimanapun, cinta dijalin mereka terputus di tengah jalan. Malah, dalam masa singkat kasih Dewi Perssik beralih pula kepada Aldi dan mereka bernikah secara rahsia pada 4 Julai 2008.

Semuanya terbongkar pada Februari tahun lalu selepas Dewi Perssik dilaporkan masuk hospital kerana keguguran.

Seperti Saiful, jodoh Dewi Perssik dan Aldi juga tak panjang dan mereka disahkan bercerai pada September 2009.

Walaupun kini menjalani kehidupan sendirian, tidak bermakna Dewi Perssik kesepian. Ini kerana penyanyi dangdut yang mendapat jolokan ‘goyang gergaji’ ini memiliki seorang anak angkat.

Dewi Perssik membesarkan Felice Gabriel, dua tahun sembilan bulan dengan penuh kasih sayang seperti anak kandung sendiri.

Malah, biarpun sudah berpisah dengan Saiful dan Aldi, namun hubungan baik masih terjalin antara mereka bertiga. Bagi Dewi Perssik, tiada gunanya mereka bermusuhan.

“Jujurnya, saya tiada sesiapa selain Saiful dan Aldi. Saya tidak menafikan sangat gembira kerana masih boleh bersahabat dengan mereka walaupun kami sudah bercerai. Bahkan, saya sangat bersyukur kerana sama ada Sailful dan Aldi, kedua-duanya bersikap baik dengan saya dan mengambil berat.

“Baru-baru ini, anak saya Felice Gabriel jatuh sakit dan sebagai ibu perasaan ini cukup risau. Pada saat itu, saya tidak tahu hendak berbuat apa dan hanya terfikir untuk meminta bantuan kepada Saiful dan Aldi. Ternyata, mereka masih mahu mempedulikan saya walaupun masing-masing sibuk.

“Saya berasa cukup tenang kerana Saiful dan Aldi bersikap prihatin. Saya mengaku hingga lupa pada harga diri, perasaan malu dan apa saja. Pada ketika itu, saya hanya bimbangkan keadaan kesihatan Felice Gabriel dan memerlukan bantuan seseorang dipercayai dan kedatangan Aldi sangat membantu.

“Malah, Felice Gabriel juga menganggap Aldi sebagai ayahnya. Dia hanya mahu memanggil ‘ayah’ kepada Aldi seorang saja. Pernah saya berita padanya (Felice Gabriel) bahawa ayahnya sudah mati dan dia tidak percaya. Ketika menonton iklan dijayakan Aldi di TV, dia beritahu kepada jururawat, itu ayah!,” katanya.

Menurut Dewi Perssik, kasih anak angkatnya itu terhadap Aldi barangkali terjalin daripada kecil kerana sejak masih bayi, dia hanya kenal Aldi.

Jadi Felice Gabriel menyatukan mereka.

Menyentuh soal karier lakonannya, Dewi Perssik mengakui dia sememangnya mempersiapkan diri untuk menjadi ratu filem seram Indonesia. Katanya dia sangat gigih berusaha demi memastikan gelaran itu dalam genggamannya.

Oleh itu, dia harus nekad dan berani berhadapan kritikan.

Selasa lalu, diadakan pratonton filem Tiran (Mati Di Ranjang) dibuat di pawagam Tanjong Golden Village (TGV), KLCC edaran Sendi Mutiara. Ia menggandingkan Dewi Perssik sebagai Susan dan Indra L Bugman (Odie), pasangan suami isteri yang baru berpindah ke kediaman baru.

Mereka berjiran dengan pengusaha perabot rumah milik Lisye yang tinggal bersama anak saudaranya, Ling Ling. Namun di bilik pameran Lisye, ada satu ranjang (katil) antik. Bagaimanapun, Lisye tidak mengetahui misteri aneh yang ada pada katil itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: