Wednesday, October 6, 2010

BSN Sasar tambah 10% pelanggan menerusi sistem perbankan Internet

BANK Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan peningkatan jumlah pelanggannya antara lima hingga 10 peratus di seluruh negara menerusi sistem perbankan Internet yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

MESRA...Adinan (berdiri) melayan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka BSN.
MESRA...Adinan (berdiri) melayan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka BSN.
Timbalan Ketua Eksekutif, Perbankan Pelanggan dan Pembangunan Perniagaannya, Yunos Abd Ghani berkata, pihaknya kini masih menunggu jawapan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meluluskan pelaksanaan sistem itu.


“Sistem ini adalah perubahan dan proses transformasi dilaksanakan BSN bagi memastikan bank ini terus wujud, berdaya saing dan bernilai kukuh dalam pasaran untuk jangka masa panjang.


“Kami harap ia dapat dilancarkan bulan ini,” katanya kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka BSN di Kuala Lumpur, kelmarin.


Hadir sama pada majlis itu Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning.


Yunos berkata, kemudahan perbankan Internet BSN juga dilihat mampu memberi kemudahan kepada pelanggan di luar bandar terutama generasi muda yang sering berurusan melalui Internet untuk menikmati sistem perbankan yang lebih mudah dan cepat.


“Fokus kami untuk mempergiatkan aktiviti promosi bagi sistem ini tahun depan di samping memperluaskan perniagaan sedia ada,” katanya.


Kira-kira RM5 juta diperuntukkan bagi membiayai pelaksanaan sistem terbaru itu.


Jumlah pelanggan BSN ketika ini sudah melebihi tujuh juta dengan jumlah simpanan kira-kira RM10.8 bilion.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: