
INI merupakan berita yang cukup menggembirakan. Diva rasa bukan cuma Diva tetapi semua anak cilik juga ibu bapa di luar sana. Teman Diva sempat berbincang dengan seseorang yang sudah masak dengan asam garam konsert tempatan.
Katanya, bulan Disember ini kanak-kanak pasti tidak sabar menunggu tarikh 11 haribulan.
Dia juga meminta agar ibu bapa tolong menandakan tarikh tersebut dalam kalendar anak masing-masing kerana penghibur hati mereka iaitu Aznil Nawawi akan mengadakan konsert.
“Saya pasti semua kanak-kanak akan gembira dengan berita ini. Kami memang mengalu-alukan semua kanak-kanak untuk melihat persembahan Aznil.
“Pasti mereka ingin melihat pengacara popular ini beraksi di hadapan mereka.
“Kami juga akan menampilkan beberapa artis popular yang disayangi oleh generasi kanak-kanak ini,” ujar orang kuat konsert tersebut.
Apa lagi, Diva rasa mulai hari ini adik-adik di luar sana boleh tanda 11.12.2010 dalam kalendar masing-masing untuk temu janji bersama Pak Nil.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: