Friday, October 8, 2010

Aktres lucah AS tiba di Jakarta senyap-senyap




JAKARTA - Pelakon lucah dari Amerika Syarikat (AS), Tera Patrick (gambar) telah tiba di Jakarta, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pelakon, Catherine Wilson berkata, pada hari pertama Tera tiba, dia jatuh sakit kerana perjalanan dari AS ke sini mengambil masa yang lama.

"Hari pertama sampai di Indonesia, Tera sakit. Mungkin kerana perjalanan yang menghabiskan waktu hampir 20 jam," katanya semasa ditemui di Studio Penta, Jakarta Barat pada Isnin lalu.

Menurutnya, Tera sakit kerana menghidap gangguan ritma harian disebabkan terlalu lama berada di dalam pesawat.

Catherine berlakon bersama Tera dalam filem seram, Rintihan Kuntilanak Perawan keluaran syarikat K2K Production.

Penggambaran filem itu telah diadakan secara diam-diam.

"Penggambaran filemnya sudah selesai, lokasinya di Jakarta," kata Catherine.

Menurutnya, sepanjang penggambaran, pakaian yang dipakai Catherine tidak menjolok mata.

"Tunggu sahaja bulan depan, filemnya akan ditayangkan," kata pelakon itu.

Filem itu akan menemui penonton pada 14 Oktober depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: