Friday, October 8, 2010

80 Penyertaan Sempena Festival Filem Dokumentari Kedua


KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 penyertaan terpilih untuk menyertai Festival Filem Dokumentari Malaysia kedua yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Studio Digital Mix Stage, Finas Sabtu ini.

Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim (gambar) berkata festival itu terbahagi kepada empat kategori iaitu Dokumentari Ilmiah dan Sejarah yang mencatatkan 30penyertaan, Dokumentari Kesenian dan Kebudayaan (17), Dokumentari Isu Semasa danKemasyarakatan (17), Dokumentari Alam Semula Jadi dan Pelancongan (16).

Beliau berkata pemenang bagi empat kategori yang dipertandingkan ituakan menerima wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil penyertaan yang akandisampaikan pada malam penganugerahan tersebut.

"Pemenang bagi keempat-empat kategori yang dicalonkan juga bakal merebutgelaran juara keseluruhan iaitu Dokumentari Terbaik Keseluruhan (Anugerah Cipta)yang akan disampaikan pada malam anugerah FFM ke-23 bermula dari 20 hingga 24 Oktoberini di SACC Mall Shah Alam, Selangor," katanya pada sidang media Festival FilemDokumentari Malaysia kali kedua di sini Khamis.

"Seperti pada tahun lepas, Finas akan mencalonkan anugerah bagi kategoriPenyuntingan Terbaik Keseluruhan, Skor Muzik Terbaik Keseluruhan, SinematografiTerbaik Keseluruhan, Pengarah Terbaik, Skrip Terbaik dan Jurukamera Terbaikdi mana masing-masing akan menerima wang tunai RM3,000 serta trofi dan sijilpenghargaan," katanya.

Pada tahun lepas, sebanyak 60 penyertaan diterima dan dimenangi oleh BumiPribumi (Finas & Q-Plez Communication) bagi Filem Dokumentari Terbaik danpenyertaan pada kali ini meningkat sebanyak 20 penyertaan.

Finas mengadakan penganugerahan tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutanFestival Filem Malaysia FFM Ke-23 itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: