JAKARTA - Sekurang-kurangnya 56 orang maut dan 24 lagi dipercayai hilang selepas banjir kilat melanda sebuah kawasan terpencil di wilayah Papua, Indonesia, kata seorang pegawai pengurusan bencana, Dani Kismianti semalam.
Banjir teruk itu melanda kawasan terbabit kelmarin selepas hujan tidak berhenti-henti melanda kawasan tersebut lewat Ahad lalu di Teluk Wondama, di Papua Barat.
"Kami menerima maklumat daripada beberapa pegawai tempatan di sana bahawa 56 orang terkorban dan 24 mangsa lagi masih hilang," kata Dani.
Katanya, seramai 81 orang didapati cedera teruk dan kebanyakan mereka terpaksa dikejarkan ke hospital di daerah berdekatan di Nabire dan Manokwari.
Menurut beberapa pegawai, talian komunikasi telah terputus dan beberapa jalan ke kawasan terlibat dihalang beberapa batang pokok yang tumbang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: