Sunday, August 8, 2010

Que tak kena kontrol


QUE HAIDAR bersama puteri sulungnya, Tengku Ratu.


KADANG-KADANG naik kasihan Diva jadinya dengan nasib aktor tersohor si Que Haidar yang kini hidup berkelamin dengan guru tari popular Linda Jasmine itu. Macam-macam cerita tidak enak tentang mereka dijaja di sana-sini.

Rasa-rasanya, sudah acap benar gosip mengatakan Que dan Linda yang kononnya Queen Control itu diperkatakan. Bagi Diva, cukup-cukuplah. Sebagai orang luar, kita ini jangan sedap mulut bercakap hal dalam kelambu orang lain.

Diva sendiri dihubungi seseorang yang rapat dengan Que. Katanya, gosip yang tersiar dan menuduh Linda sebagai mengawal setiap gerak-geri Que sehingga menghalang Que balik kampung membawa anak kecil mereka, Ratu bertemu keluarga itu tidak benar sama sekali.

Diva terfikir juga apa salah Que atau Linda sehinggakan tidak habis-habis mereka diperincikan.

Itulah lumrah orang popular, untuk Que dan Linda, kalian kena sedar bahawa kalian itu popular, jadi setiap gerak-geri akan diperhatikan. Buat biasa-biasa sahaja, penat mulut nanti umpatan akan berhenti! Jangan tambah cerita lain sudah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: