SEREMBAN: Pembinaan tembok sebuah restoran hingga ke kawasan kaki lima yang menutup longkang utama di Taman Paroi Jaya, di sini, didakwa menyebabkan sistem saluran air tersumbat sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai terutama peniaga di kawasan itu.
INI DIA...Mohamad Sahimi Ab Rani menunjukkan tembok terbabit.
TAK LANCAR...penduduk Taman Paroi Jaya menunjukkan sistem perparitan yang tidak sempurna.
Menurutnya, air dari longkang utama tidak dapat mengalir lancar kerana saliran longkang sempit disebabkan tembok berkenaan.
“Tambahan pula longkang utama itu bersambung longkang lain yang cetek di belakang kedai dan tidak mampu menampung air yang banyak jika hujan lebat menyebabkan ia melimpah memasuki premis perniagaan.
“Keadaan itu menimbulkan kesusahan bukan saja kepada orang ramai, malah peniaga turut mengalami kerugian.
“Setakat ini, tidak kurang lima peniaga terjejas apabila air naik sehingga memasuki kedai mereka dan menyebabkan sebahagian peralatan kedai rosak,” katanya.Menurutnya, pemilik sebuah kedai pakaian mengalami kerugian sehingga RM15,000 apabila peralatannya rosak selepas air dari longkang memasuki kedainya dalam beberapa kejadian tahun ini.
Katanya, masalah itu sudah dibincangkan dengan PBT ketika sesi mendengar masalah rakyat di Balai Raya Kampung Gedung Lalang Lama pada Mei lalu, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.“Lebih menimbulkan tanda tanya ialah tindakan pengusaha restoran membina tembok itu sama ada mendapat kelulusan PBT atau sebaliknya.
“Saya jangka kemungkinan PBT tidak menyedari kedudukan itu menyebabkan tiada sebarang perubahan terhadap tembok terbabit,” katanya.
Katanya, mereka kini berharap pihak berkenaan membuat tinjauan mengenai masalah yang berlaku di situ dan mengambil tindakan sewajarnya.
Sementara itu, penduduk taman berkenaan, Shahril Tahirul Zainal Abidin, 30, meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan penduduk dan peniaga yang menjalankan perniagaan di situ.
Menurutnya, tembok terbabit menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu, sekali gus membahayakan orang ramai.
“Saya berharap PBT dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya sebelum keadaan di situ menimbulkan lebih banyak masalah pada masa depan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: