Friday, August 13, 2010

MYSTORY Sempena Hari Kemerdekaan

Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53 pada bulan Ogos ini. Atas dasar keprihatinan, Astro melancarkan "Negaraku, The Best Of 1Malaysia Stories On Air", sebuah rangkaian yang menghimpun lebih daripada 150 judul di samping sebuah saluran baru MySTORY (saluran 318) yang bakal bersiaran secara langsung bermula 15 Ogos hingga 16 September 2010.

Apa yang menarik, MySTORY bakal menyiarkan himpunan klip-klip video hasil kiriman orang ramai yang menampilkan pelbagai cerita rakyat. Sudah tentunya Malaysia bertuah kerana kaya dengan pelbagai budaya dan pasti dapat diterjemah begitun indah menerusi penyertaan rakyat Malaysia sendiri.

Bagi Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro, bulan Kemerdekaan adalah mengenai Malaysia sepenuhnya. Penyertaan untuk MySTORY bertujuan memupuk semangat kemerdekaan yang kian pudar dek arus globalisasi.

"Penyertaan ini tidak menawarkan sebarang ganjaran. Terpulang kepada mereka yang ingin menyertainya. Kami juga tak akan mengubah apa-apa cerita yang telah dihantar kerana ingin mengekalkan keasliannya. Apa yang penting di sini adalah semangat cintakan Malaysia.

"Anda boleh menghantar penyertaan dalam bentuk sajak, lakonan atau apa sahaja yang kreatif yang boleh dikongsi bersama rakyat Malaysia. Kami hanya mahu anda bercerita pengalaman atau keistimewaan Malaysia mengikut gaya anda," katanya yang turut menawarkan pelbagai seleksi program hebat di saluran The Biography Channel mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti Mahathir dan Michelle Yeoh, Lakaran Merdeka (Astro Prima), Lagenda Sukan Malaysia: Tan Sri M. Jegathesan (Astro Arena) dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: