|
|
KD dan Raul Lemos sudah tidak berselindung lagi. Minggu lalu apabila KD mengadakan persembahan pentasnya di Bandung, Raul ikut serta menemani kekasih hatinya itu. Bukan sekadar menemani, mereka tidak segan silu mempamerkan kemesraan.
Mereka berdua kelihatan begitu mesra dan bahagia. Raul memberi kucupan mesra di kening KD dan terus berpegangan tangan dengan KD. Kemesraan antara mereka terjalin semula setelah Raul memberikan sebentuk cincin kepada KD dan KD pernah mempamerkan cincin tersebut kepada peminat-peminatnya.
Menurut peguam dan juga sahabat KD, Elsie Lontoh, walaupun kemesraan tersebut tidak begitu manis dipandang kerana Raul masih dalam proses bercerai dengan isterinya Atha, namun itu adalah soal hati dan orang lain sulit untuk menilainya.
Bagaimanapun Elsie menegaskan bahawa sidang akhbar yang dibuat oleh KD beberapa waktu yang lalu yang menyatakan putusnya hubungan antara KD-Raul adalah benar. Mereka memang telah putus hubungan dan kini kemesraan tersebut timbul kembali apabila Atha sudah memutuskan untuk bercerai dengan Raul.
Bagi Raul pula, dia menganggap bahawa Atha ialah masa lalunya dan dia punya rancangan masa depan yang indah dengan KD. Rancangan tersebut menurutnya akan dilaksanakan secepatnya.
Menurut Raul, KD ialah orang pertama yang benar-benar ikhlas mencintainya dan dia ingin membina keluarga bahagia bersama KD.
Bagi pihak Atha pula, apa yang dilakukan oleh KD ialah untuk memancing emosinya semata-mata namun baginya segala usaha KD itu sia-sia sahaja kerana dia telahpun merelakan Raul untuk KD.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: