Saturday, August 7, 2010

Katy Perry terima ugutan


KATY PERRY


LOS ANGELES - Kumpulan popular era 1960-an, Beach Boys dan Katy Perry dilanda persengketaan angkara lagu terbaru Perry, California Gurls.

Menurut New York Post, wakil Beach Boys mengugut untuk menyaman syarikat rakaman Perry, Capitol Records atas dakwaan memasukkan rangkap, I wish they all could be California girls dalam lirik lagu tersebut.

Rangkap tersebut diambil daripada lagu klasik popular Beach Boys pada tahun 1965, California Girls.

Akhbar tersebut juga melaporkan syarikat yang mewakili Beach Boys, Randor Music telah menghantar surat kepada syarikat rakaman Perry yang mahu supaya penulis asal lagu tersebut yang juga anggota Beach Boys, Mike Love dan Brian Wilson turut disenaraikan sebagai penulis bersama lagu California Gurls di samping turut berkongsi bayaran royalti lagu itu. Lagu California Gurls yang meraih tempat kedua dalam carta Billboard Top 100 kini sudah terjual sebanyak tiga juta unit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: