|
|
AWAL pertemuan, mungkin ada yang beranggapan gadis kecil molek ini kurang mesra. Tidak banyak berbual, sepatah ditanya sepatah dijawab. Namun selepas beberapa ketika, dia mula membuka bicara. Ternyata, Nur
Anzalna Mohd. Nasir bukanlah sombong orangnya.
TERPILIH sebagai peserta akhir Pencarian Dewi Remaja memberi satu pengalaman baru buat si pemilik rambut panjang mengurai ini.
Menurutnya, dari situ dia mula belajar berinteraksi dengan lebih baik dan juga menjaga penampilan di khalayak.
“Kalau dulu Anzalna sebenarnya kurang yakin untuk bercakap di hadapan ramai orang. Namun kini perlahan-lahan keyakinan dan keberanian mula timbul,” katanya.
Anzalna mempunyai kelebihan tersendiri. Selain fasih berbahasa Inggeris, dia juga mampu bertutur dalam berbahasa Perancis dengan lancar. Malah, gadis berusia 22 tahun ini turut memiliki Diploma dalam bahasa berkenaan dari Kolej Laumceston, Tasmania.
Peluang tinggal di luar negara mengikuti bapa yang bertugas sebagai pensyarah membolehkan dia belajar pelbagai bahasa.
“Ketika kecil kami pernah tinggal di Montreal, Kanada yang mana masyarakatnya bertutur dalam bahasa Perancis. Saya juga dihantar ke sekolah di sana walaupun ketika itu hanya boleh berbahasa Melayu,” katanya.
Selain modeling, Anzalna juga berkebolehan menyanyi. Gadis ini menanam impian untuk merakamkan album dalam pelbagai bahasa suatu hari nanti.
Diberi peluang mencuba wangian One Drop Perfume, Anzalna menggemari bungkusannya yang menarik dan kemas. Begitu juga dengan himpunan yang memikat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: