|
Berwarna-warni dan menceriakan. Itulah antara gambaran semasa menonton persembahan Splendour of Xinjiang yang dibawakan oleh Xinjiang Song And Dance Essemble di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kalau pihak yang mengusahakan membawa persembahan itu mahu menarik orang di sini melancong ke wilayah mereka, mereka dianggap sudah berjaya sebab semasa menonton persembahan, hati memang terdetik untuk melihat sendiri keindahan budaya mereka.
![]() Penari solo tarian tradisional bangsa Kazak. Xinjiang juga memiliki beberapa bangsa dan percantuman itu membuatkan persembahan mereka menjadi lebih variasi. Selain bangsa utama Uighur, ada juga bangsa Kazak, Mongol, Kirgiz, Tajik, Tatar, Hui, Sala dan beberapa bangsa lagi. Pakaian tradisional mereka yang berbeza mengikut bangsa juga menambah lagi variasi keindahan yang mempesona. Kumpulan kesenian ini telah lama ditubuhkan dan pernah menjelajah banyak negara untuk mempromosikan budaya mereka. Sebab itu pemilihan penari cukup sepadan. Penari wanita mempunyai saiz badan yanag sama semasa mempersembahkan sesebuah tarian. Show Skil Kecil ![]() Salah satu tarian menarik di Xinjiang. Bagi yang sering menonton persembahana berskala besar di Istana Budaya misalnya, pasti terasa ia sebuah persembahan biasa sahaja. Sepanjang bersembahan hanyalah diata sebuah pentas kosong yang berlatarbelakangkan kain rentang gambaran keindahan pergunungan di Xinjiang. ![]() Tarian orang Uighur mengisahkan empat lelaki memikat seorang wanita. Kenali Xinjiang Xinjiang mempunyai 47 kumpulan etnik dengan Uighur sebagai etnik terbesar. bangsa lain anaranya Han, kazak, Hui, Kirgiz, Mongol, Tajik, tatar, Manchu dan lain-lain. Setiap etnik juga mempunyai bahasa pertuturan dan penulisan tersendiri. Imej utama Uighur ialah kopiah yang dikenali sebagai doppa. ![]() Lelaki Uighur mempunyai darah keturunan Turki. Wanitanya pula baju berwarna terang dan berwarna warni. Inilah antara yang dipersembahkan dalam tarian mereka. Setiap etnik mempunyai budaya seni yang tersendiri. Tarian Uighur lebih menjurus kepada pergerakan macam tarian Arab. Muziknya juga ada sentuhan alat muzik Arab. Orang Kazak pula lebih kepada nyanyian lagu-lagu puisi manakala tarian etnik Tajik menggambarkan keindahan kehidupan di kawasan pergunungan.
![]() Persembahan muzik tradisional. |
Tuesday, November 10, 2009
Warna-warni budaya Xinjiang mengasyikkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: