Monday, November 30, 2009

Mawi Maafkan Penghantar Surat Layang

POPULARITI Mawi dikatakan semakin tenggelam mengikut arus masa. Ditambah pula berpusu-pusu orang yang mahu menjadi artis dengan mencuba nasib mereka seperti menghadiri ujibakat dan memasuki program realiti.

Penyanyi, pelakon dan produser ini tidak menafikan tentang ‘zaman kejatuhan’nya namun dia sudah bersedia mungkin dengan menumpukan kepada kerja belakang tabir yang diuruskan oleh produksinya.

Ditanya kepada Mawi adakah ‘harga’ yang ditetapkan olehnya masih sama seperti zaman kemasyurannya sebelum ini, Mawi menjawab:

“Saya tak pernah letak ‘harga’ tetapi pihak pengurusan saya, Maestro yang menentukannya. Saya tak ambil tahu tentang bayaran yang diterima.

“Yang saya tahu, saya dapat jadual ‘show’ dan kalau ada, saya pergi. Sekarang saya masih lagi mengikat kontrak dengan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) selama dua tahun lagi bermula bulan Ogos lalu,” jelasnya.

Maafkan penghantar surat layang

Sepanjang bergelar artis selepas menjuarai program realiti AF3, Mawi berkata dia telah banyak kali menerima surat layang berbaur maki hamun.

“Macam-macam surat yang terima. Ada yang hantar di Maestro dan tidak kurang juga yang hantar di kampung. Orang dengki saya dari dulu sampai sekarang dan menganggap orang seperti ini saiko,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kian’, ‘Aduh Saliha’, dan ‘Angan Dan Sedar’ ini.

Biar banyak mana dimakipun, Mawi tetap tidak mahu mengambil apa-apa tindakan terhadap pendengki itu.

“Saya rasa tak perlu (ambil tindakan) sebab perkara kecil sahaja. Tetapi saya nak nasihatkan kepada mereka yang berkenaan supaya carilah kerja yang berfaedah...jangan risau..saya maafkan,” katanya yang akan mengambil langkah berhati-hati lagi selepas ini.

2 comments:

  1. sabor ler mawi..yang penting akak masih minat kat kau..nak beli cd pn tak dek lagi kat pasaran..jaga rumahtangga jangan sampai di hancurkan oleh pihak luar..terutama para wartawan yang suka membesarkan benda kecil samapi berpecah belah rumah tangga orang,kerja wartawan memang wak dose..jer...sian...ingat rezeki yg diberi utk anak bini makan..

    ReplyDelete
  2. org nak sabotj..beselah..mcm2 cerita lah dia buat.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: