Sunday, November 29, 2009

Rihanna temui cinta baru


Rihanna


SELEPAS putus cinta dengan Chris Brown, penyanyi Rihanna telah menemui pengganti. Dia dikhabarkan sedang asyik bercinta seorang pelakon filem Wire, Tristan Wilds.

Mereka dilihat bersama sedang berpesta di rumah Rihanna yang terletak di Los Angeles minggu lalu.

“Tidak siapa yang tahu mengapa Tristan boleh datang ke rumah penyanyi Umbrella itu. Ini kerana ia adalah pesta di kalangan yang terlibat industri muzik. Rihanna juga dilihat ceria melayan Tristan. Kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya,” kata seorang tetamu pesta Rihanna kepada Splash News.

Rihanna, 21, dan Tristan, 20, ditemukan oleh seorang produser muzik yang pernah bekerjasama dengan mereka. Ini kerana Tristan pernah menjadi model di Roc Boys. Sejak pertemuan itu, mereka sering berhubung menerusi iChat dan Skype.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: