Sunday, November 29, 2009

Angelina terinspirasi ular


ANGELINA JOLIE


TIGRESS adalah watak yang menjadi impian hatinya sewaktu ditawarkan untuk meminjam suara bagi watak Tigress untuk filem Kung Fu Panda. Senyap-senyap dia berdoa bahawa watak tersebut jatuh pada dirinya. Bukan hanya kerana sukakan Tigress yang dilihatnya sebagai satu watak yang menarik. Malah, sifat Tigress yang berterus-terang memikat hati si pemilik tatu berbentuk harimau ini.

Lebih dekat lagi apabila filem yang akan ditayangkan di saluran HBO (Astro 411), 29 November pada pukul 9 malam ini dianggap Angelina sebagai satu filem yang kembali kepada klasik.

Filem arahan John Stevenson dan Mark Osborne yang juga menampilkan lakonan (suara) Jack Black, Dustin Hoffman dan Lucy Liu ini buat pertama kalinya akan diberi pilihan bunyi bahasa Melayu dan Inggeris dan penonton hanya perlu menekan butang bunyi berganda pada alat kawalan jauh Astro.

Selain sibuk mengisi jadual lakonan dengan pilihan yang sentiasa tepat dengan dirinya, Angelina Jolie dan kekasih hatinya Brad Pitt sudah bertukar profesi menjadi pereka barangan kemas dunia. Gabungan Brangelina ini muncul dengan The Protector hasil kerjasama bersama tukang emas mewah Britain Asprey. Masih kekal dengan sifat sukakan perkara eksotik, ular adalah inpirasi kepada hiasan ini yang juga dianggap pelindung oleh Angelina.

Ibu kepada enam orang anak ini tidak pernah menjadikan masa sebagai penghalang kepada minat dan kerjayanya. Sibuk dengan pengurusan anak bersama kekasihnya itu, Angelina akan muncul dalam sebuah filem, The Tourist bergandingan dengan aktor sensasi masa kini, Johnny Depp. Satu kerjasama yang ditunggu-tunggu peminat dalam debaran melihatkan aksi Brad Pitt berhadapan keadaan ini.

Cantik dan terbias kuat aura keibuannya, Angelina juga bakal menemui peminat dengan filem Salt. Naskhah tersebut menyaksikan pelakon Wanita Terbaik Anugerah Golden Glob melalui filem Girl's Interupted ini memegang watak Evelyn Salt, seorang perisik setia yang kemudiannya dituduh derhaka dengan kerjanya.

Disamakan malah turut dilagakan dengan aktres seksi dan 'panas', Megan Fox, jawab Angelina, "Adakah dia (Megan) menderma kepada negara Afrika Selatan atau duduk dalam persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu? Atau adakah dia menyumbangkan sesuatu yang besar untuk Hollywood? Saya tidak berapa kenal dengan hasil kerjanya, malah adakah dia pemenang anugerah Oskar?"

Kesibukan bersama enam permata hatinya iaitu Maddox Chivan, Zahara Marley, Shiloh Nouvel, Pax Thien, Knox Léon dan Vivienne Marcheline menampakkan sisi cekal Angelina berdiri sebagai ibu dan wanita.

Penuh bermakna, Angelina membuat ungkapan berbunyi: "Cintailah hanya seorang dan jaga dia sehingga mati. Kemudian besarkan anak-anak. Layari hidup yang baik dan jadilah kawan yang baik. Cubalah menjadi seorang yang sempurna buat diri anda sendiri."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: