jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Sunday, November 29, 2009

Jangan salah tafsir berpeluk – Zouffi




MALAM Ahad lalu saya mendapat satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang artis baru bernama Zouffi,28, yang nak minta tolong. Kata Zouffi atau nama sebenarnya Mohd. Soffi Baharuddin,

kepalanya pening apabila ramai wartawan dan beberapa pihak mula menghubunginya untuk bertanyakan gambar panasnya yang tersebar melalui portal Youtube.

Selasa lalu saya minta penyanyi yang sedang hangat melalui lagu Ku Serahkan ini datang berjumpa saya untuk menjelaskan perkara sebenar.

Sempat melayari portal yang dimaksudkan, saya juga melihat beberapa keping gambar dia sedang berpeluk dengan wanita seperti yang diperkatakan. Saya meminta penjelasan Zouffi, apa sebenarnya yang terjadi?

“Semuanya gara-gara laptop (komputer riba) saya hilang, lalu ada orang menyebarkannya di internet,” katanya.

Saya bertanya lagi kenapa dia sanggup merakamkan aksi-aksi yang kurang sopan itu?

Jawabnya ringkas, sebahagian gambar itu adalah aksi lakonannya dalam sebuah filem pendek yang cuba disensasikan oleh sesetengah pihak. Dalam masa yang sama penyanyi baru ini turut memohon maaf jika penyebaran gambar itu mengguris hati peminatnya.

Beliau mahu semua pihak tidak membuat tafsiran salah selepas melihat aksi-aksi panas itu dan membuat penjelasan dalam Tolong Jawab minggu ini. Ikuti penjelasan Zouffi.

Gambar-gambar panas, berpeluk dan macam orang nak bercium tersebar melalui laman YouTube. Gambar Zouffikan?

Ya, saya mengaku, gambar-gambar itu memang milik saya.

Macam mana boleh tersebar dalam YouTube? Satu dunia tau boleh tengok?

Macam ni bang! Tiga bulan lalu saya ada penggambaran untuk program televisyen di Johor Baharu. Bilik hotel saya memang jadi “pot” (tempat tumpuan) krew dan orang ramai melepak. Dalam bilik saya tu ada laptop (komputer riba) milik peribadi yang turut menyimpan profil dan gambar peribadi saya. Nak jadi cerita, masa saya sedang disolek di bilik yang lain, bilik saya jadi tempat keluar masuk krew dan rakan-rakan. Mungkin sebab itu laptop saya jadi mangsa apabila dicuri orang.

Macam mana boleh sedar laptop awak hilang?

Ada seorang wartawan yang turut hadir penggambaran tu minta nak pinjam laptop saya. Masa saya nak ambil, saya tengok dah tak ada. Dah hilang. Masa tu baru saya sedar.

Apa reaksi Zouffi masa tu?

Nak buat macam mana? Dah hilang. Saya tak nak lah tuduh sesiapa yang ambil. Saya anggap tak ada rezeki, saya belilah laptop baru tak lama lepas tu.

Macam mana boleh kecoh mengenai gambar panas yang ada dalam laptop tu?

Cerita macam ni. Dalam minggu lepas adik saudara saya ada telefon. Dia tanya saya ada buat benda “panas-panas” dengan perempuan ke? Saya pun terkejut. Saya kata mana ada? Dia pun suruh saya tengok dalam YouTube. Bila saya buka dan taip nama saya, terkeluarlah beberapa keping gambar peribadi saya. Saya jadi takut orang salah tafsir. Lebih pening kepala, tak lama kemudian semakin ramai orang telefon bertanyakan benda tu. Saya semakin risau dan mahu buat penjelasan dalam Pancaindera ni.

Kenapa gambar aksi-aksi macam itu boleh tersebar?

Saya ditawarkan berlakon sebuah filem pendek, Satu Hati Empat Jiwa terbitan pelajar perfileman sebuah kolej. Ada satu adegan dalam skrip drama tu yang mahukan saya buat seolah-olah nak bercium dengan seorang model. Tapi tak bercium betul-betul pun. Gambar tu saya simpan dalam laptop saya. Sayangnya ia disebarkan dalam Internet oleh orang yang mencuri laptop saya itu.

Gambar yang berpeluk-peluk lain itu apa pula?

Itu masa majlis hari jadi kawan saya. Jadi kami pun ambil gambar rapat-rapat. Tak ada lebih-lebih pun. Perempuan yang jelir lidah pula dia cuma buat aksi macam itu saja. Tak kena mulut saya pun. Sekadar bergambar.

Kalau tak salah kenapa Zouffi takut?

Saya takut sebab bila dah keluar di Youtube, nanti orang akan buat macam-macam persepsi tanpa tahu perkara yang sebenar. Sebab tu saya buat penjelasan ini. Saya pun tak sangka laptop hilang, ada orang tergamak menganiaya saya dengan sebarkan gambar-gambar tersebut.

Ada buat report polis?

Saya report di Balai Polis Gombak pada 23 November lalu. Saya ada juga minta tolong kawan siasat di mana gambar itu dimasukkan? Hasil siasatan itu, gambar berkenaan disebarkan di sebuah kafe siber di Shah Alam.

Zouffi ada rasa tertekan dengan apa yang berlaku?

Saya kalau boleh nak imej saya bersih. Bila jadi macam ni ia sedikit tercalar. Saya rasa ada orang sengaja nak menganiaya saya dengan cuba memasukkan gambar-gambar ini di YouTube. Mereka nak memalukan saya. Tapi saya anggap ini semua dugaan sebagai seorang artis.

Apa reaksi ibu bapa selepas keluar gambar-gambar ini?

Tentulah mereka bising dan marah-marah. Saya anak sulung daripada lima beradik. Tentulah saya kena tunjukkan contoh terbaik untuk adik-adik saya. Tapi syukurlah ibu dan bapa saya faham dan terima penjelasan saya. Pengajaran yang saya dapat daripada kejadian ini, saya akan lebih berhati-hati lagi. Saya mahu orang tak buat tuduhan bukan-bukan selepas ini.

2 comments:

  1. pigi daa..takut org pikir lain la..memang pun benda tu salah. tu la pasal engkau takut. peluk-peluk ni tak kira belakon atau tak, peluk juga namanya. agama dah larang, aku tak payah cakap pun engkau dah tau. lain la kalau adegan kau peluk-peluk tu guna khidmat komputer..so, makna dari engkau kalau cium-peluk atas dasar lakonan tak salah la, kononnya professional la tu..hotak lu!

    ReplyDelete
  2. akhir zaman..manusia suka bercakap hal org tanpa melihat dgn mata sendiri..bahasa juga tidak elok..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: