Sunday, November 29, 2009

15 tan metrik kerapu jadi bangkai


ABDUL GHANI (dua dari kanan) dan Johari (kanan) melihat ikan kerapu yang diternak mati di Kampung Gong Batu, Setiu.


SETIU – Seramai sepuluh penternak ikan sangkar di Kampung Gong Batu dekat sini sudah berkira-kira untuk meraih hasil kira-kira RM400,000 awal tahun depan dengan menjual ribuan ikan kerapu mereka pada harga RM27 sekilogram.

Namun semuanya tinggal harapan apabila 15 tan metrik ikan kerapu seberat hingga 500 gram seekor itu menjadi bangkai dan terapung di 300 buah sangkar kelmarin.

Para penternak itu percaya ikan-ikan itu mati apabila sangkar tersebut dicemari air banjir sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, apa yang menghairankan mereka, keadaan yang sama tidak pula berlaku ke atas ikan-ikan siakap yang dimiliki 72 penternak tidak jauh dari tempat kejadian.

Seorang penternak ikan kerapu, Abdul Ghani Hussin, 73, berkata, kejadian itu disedari ketika dia turun ke sangkar untuk memberi makan ikan kerapu selepas solat Aidiladha pagi kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: