Sunday, November 29, 2009

Banduan jadi pelakon teater


DUA BANDUAN dirakam membuat persembahan
teater di Bucharest pada Rabu lalu.


SEKUMPULAN banduan yang terdiri daripada pembunuh, pengedar dadah dan perompak mendapat penghormatan sebagai pelakon teater yang julung-julung kali diadakan di Romania, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejumlah 400 penonton berdiri dan bertepuk tangan selepas pementasan melibatkan sekumpulan enam banduan dari beberapa buah penjara itu berakhir.

Persembahan teater tersebut yang berlangsung di sebuah dewan teater berprestij di sini diadakan bagi memberi ruang kepada penghuni penjara untuk memberi ruang supaya banduan dapat merasa bebas selain mendekatkan mereka dengan orang ramai.

"Saya tidak pernah berkunjung ke mana-mana teater sebelum dipenjara dan kini saya berlakon di sebuah dewan teater yang besar dan berprestij," kata seorang banduan, Norbert Antal.

Mereka diawasi oleh 50 warden penjara yang memakai pakaian awam supaya orang ramai tidak cemas dan tidak mengganggu tumpuan pelakon-pelakon tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: