Sunday, November 29, 2009

Jessica Biel Percaya Kewujudan Alien

BINTANG filem 'Powder Blue', Jessica Biel termasuk orang yang percaya kewujudan alien. Dia berasa bingung jika sampai sekarang ini masih ada orang yang tidak percaya alien itu memang benar wujud.

"Saya benar-benar percaya adanya makhluk asing dan kehidupan di planet lain," ujar kekasih Justin Timberlake itu.

Jessica semakin percaya tentang kewujudan alien setelah membintangi filem yang berkisarkan alien, 'Planet 51'. Menurutnya filem terbarunya itu mampu membuat penonton berfikiran terbuka alien.

"Kita harus menerima perubahan kerana dengan itu kita boleh belajar dan lebih berkembang," ujarnya.

Dalam filem 'Planet 51', Jessica menggunakan suaranya untuk watak salah satu alien. Dia seronok menjadi penyumbang suara dalam filem tersebut kerana menyerlahkan sifat kanak-kanaknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: