Tahun ini bakal menyaksikan penggiat-penggiat seni tanah air menjulang trofi anugerah berprestij, Anugerah Skrin 2009. Majlis yang memartabatkan karyawan seni tanah air ini bakal berlangsung dengan gilang gemilang bertemakan Hikayat Seribu Satu Malam (Arabian Nights). Afdlin Shauki dan Fara Fauzana diberi penghormatan untuk mengemudi majlis berprestij ini. Secara keseluruhannya sebanyak 23 kategori meliputi 10 kategori drama, tujuh kategori filem dan enam kategori penerbitan dalaman akan dipertandingkan pada tahun ini. Selain itu, Anugerah Yasmin Ahmad dan anugerah Videografi Terbaik turut diperkenalkan pada tahun ini untuk memberi galakan kepada penggiat seni menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dalam sesuatu produksi. Ianya sempena menghargai jasa arwah Yasmin Ahmad dalam sumbangannya menghasilkan konsep filem yang berkualiti dan mengenengahkan bakat-bakat baru di dalam filemnya. Anugerah tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Siti Nurhaliza, Aizat, One Nation Emcee, Awie, Azlan And The Typewritter dan Misha Omar. Pantene menjadi penganjur utama untuk anugerah bersejarah ini. Anugerah Skrin akan diadakan pada 4 Disember 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan bersiaran langsung menerusi TV3 bermula jam 9.00 malam. Bagi yang berminat boleh mendapatkan tiket di Balai Pengawal Sri Pentas mulai 23 November 2009. |
Tuesday, November 10, 2009
Anugerah Skrin 2009 di PWTC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: