MONTEVIDEO - Uruguay meraih tiket terakhir ke Afrika Selatan tahun depan apabila muncul pasukan ke-32 yang akan beraksi pada pusi- ngan akhir Piala Dunia 2010.
Kejayaan itu hadir selepas mereka seri 1-1 dengan Costa Rica pada aksi playoff kedua kelmarin, sekali gus mara dengan agregat 2-1.
Pada aksi kelmarin, Sebastian Ab- reu terlebih dahulu meletakkan Uruguay di hadapan pada minit ke-70 sebelum Walter Centeno menyamakan kedudukan empat minit kemudian.
"Ini adalah perlawanan yang sengit, namun kami berjaya mengharu- nginya," jelas jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez.
"Sekarang ini, saya hanya mahu melihat pemain-pemain saya bergembira kerana mara ke pusingan akhir merupakan satu kejayaan besar buat kami."
Untuk rekod, Uruguay pernah muncul juara dunia pada tahun 1930 dan 1950 dan mereka gagal beraksi pada Piala Dunia 2006 di Jerman tiga tahun lalu selepas tewas kepada Australia pada aksi playoff.
|
|
Sementara itu, jurulatih Portugal, Carlos Queiroz turut menarik nafas lega selepas pasukannya layak ke pusingan akhir dengan menewaskan Bosnia 1-0 kelmarin menerusi jari- ngan Raul Meireles pada minit ke-56.
Meskipun beraksi tanpa pemain sayap, Cristiano Ronaldo, Portugal masih mampu mempamerkan permainan hebat apabila menang dengan agregat 2-0.
"Saya selalu berkata, perlawanan hanya akan berakhir apabila wisel penamat dibunyikan.
"Ia adalah perjalanan jauh dari peringkat permulaan hingga ke peringkat akhir. Namun, kami sentiasa yakin untuk berada di landasan yang betul," kata Queiroz.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: