Friday, November 20, 2009

Amy mahu hidung baru


Amy Winehouse


Penyanyi bermasalah, Amy Winehouse dilaporkan ingin melakukan pembedahan hidungnya kerana mendakwa dengan rupa sekarang dia kelihatan seperti wanita sihir. Amy yang popular dengan lagu Rehab itu baru-baru ini menghabiskan £35,000 (RM198,000) untuk membesarkan payu daranya daripada saiz 32B kepada 32D.

Gembira dengan hasilnya, Amy kini sedang merancang untuk melakukan pembedahan hidung tetapi mendapat tentangan daripada orang tercinta.

Satu sumber mendedahkan kepada akhbar The Sun: "Semua orang memberitahu Amy bahawa hidungnya kelihatan baik sahaja. Namun, Amy tidak berpuas hati. Amy yang sudah bebas daripada ketagihan dadah dan alkohol kini menjadikan pembedahan plastik sebagai obses terbarunya."

Sumber itu menambah, Amy, 26, juga ingin menghasilkan patung Barbie yang menyerupai dirinya. Kerana itu, dia kini dikatakan sedang sibuk melakar lukisan barang permainan dan mempercayai rekaannya akan menjadi popular.

"Dia sukakan pujian orang ramai mengenai bentuk badannya. Dia banyak melukis bentuk badannya dengan harapan mahu menjadikan ia sebagai patung mainan," tambah sumber itu.

Sementara itu, ayah Amy, Mitch memberitahu, anaknya membuat keputusan untuk melakukan pembedahan payu dara kerana payu dara asalnya kelihatan seperti orang tua.

Katanya, "Saya tidak rasa pembedahan itu dilakukan kerana masalah keyakinan. Saya rasa kerana bentuk badan Amy yang terlalu kurus menyebabkan payu daranya kelihatan teruk. Jadi tidak kira apa alasannya, Amy kelihatan menarik sekarang."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: