
NAMA Marsha Milan Londoh paling sukar dipisahkan daripada gosip-gosip picisan seperti wanita penggoda. Sejak berjuang di dalam Akademi Fantasia 3 (AF3), gadis kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini tidak pernah sunyi dengan sapaan nakal termasuk pernah dilabelkan sebagai simbol seks masa kini. Pernah dinominasi sebagai Wanita Terseksi dalam Anugerah Shout baru-baru ini, kata Marsha: "Saya tak tahu kenapa saya sering kena gosip. Saya faham, sebagai artis memang orang suka ambil tahu hal peribadi dan bercerita hal yang kadang-kadang tidak masuk akal. Bagaimanapun saya terima semuanya dengan baik."
Bakal muncul dengan filem Senario: Episode 1 pada 19 November ini, gadis berusia 24 tahun yang juga sedang hangat dengan lagunya, Yang Terbaik menyatakan rasa teruja kerana mampu menjalani dua kerjaya serentak.
"Dunia nyanyian memang kecintaan saya. Sementara dunia lakonan pula adalah lapangan baru bagi saya. Ya, saya juga mula jatuh cinta dengan bidang ini, tetapi masih banyak lagi yang harus saya pelajari untuk menjadi seorang pelakon yang baik," katanya yang kini terlibat dalam sitkom Berita Hangit untuk tayangan tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: