Tuesday, November 10, 2009

Redza Teringin Jadi Pisau Cukur?

"Kalau diberi peluang, saya pun nak jadi pisau cukur. Boleh dapat apa saja dan tak perlu bersusah payah.

"Wanita begini memang ada cuma setakat ini saya belum pernah jumpa lagi. Saya pun bukannya kaya untuk dikikis," ujar Redza ketawa.

ShahRedza Minhat atau lebih mesra dengan panggilan Redza kini semakin dikenali selepas membintangi filem Pisau Cukur. Watak Faqir cukup memikat penonton dengan aksi bersahaja lakonan pemuda berusia 29 tahun ini.

Mempunyai kerjaya di bidang perbankan dan minat mendalam terhadap seni teater dalam masa yang sama. Adakah kemungkinan Redza akan melibatkan diri sepenuh masa dengan industri hiburan?

"Rasanya tidak sebab saya sangat sukakan kerjaya saya. Saya still akan terima tawaran berlakon tapi haruslah disesuaikan dengan jadual kerja.

"Saya start kerja dengan menulis skrip teater dan barulah saya bermula kerja di bank. Tidak mungkin saya akan tinggalkan minat begitu saja," katanya.

Pisau Cukur menggandingkan Redza dengan nama-nama besar dalam industri seperti Maya Karin, Fazura dan Aaron Aziz. Sama-sama kita saksikan filem Pisau Cukur yang sedang ditayangkan di pawagam. Mungkin filem ini bakal melonjakkan nama Redza setanding dengan hero filem Malaysia yang sedia ada. Kita tunggu nanti.

3 comments:

  1. watak faqir dlm cte pisau cukur best la
    redza memang ada bakat
    rugi kalau dipendamkan

    ReplyDelete
  2. redza is so damn cute.
    and, character faqir in the movie is so gorgeous(:

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: