"Susah bercinta ni bila terlalu expose. Mak pun bising bila selalu baca di akhbar mengenai kisah cinta kami. "Bukan tak mahu berkahwin sekarang tapi saya bagi peluang untuk Almy berlakon sepuas-puasnya sebab dia nak sangat jadi artis," ujarnya seloroh sambil diperhatikan Almy Nadia.
Terlalu awal baginya untuk mendirikan rumahtangga tatkala kekasih hati masih ingin meneruskan karier lakonan. Namun mengakui ibunya sangat sukakan Amly.
"Mak saya suka sangat Almy sampai berguling-guling," katanya bergurau.
Almy yang lebih banyak berdiam diri mengakui ibunya juga sukakan Fizz kerana sifatnya yang kelakar. Sedar hubungannya dengan Fizz sering dilanda badai dan gosip namun baginya semua itu hanyalah dugaan.
"Saya tak boleh tutup mulut orang nak cerita apa sebab banyak sangat hasad dengki. Tapi kami cuba kekalkan hubungan dengan sms dan apa yang penting mestilah kepercayaan dan relax," ujar pasangan romantis ini.
Kalau ada jodoh tak akan ke mana. Yang penting teruskan usaha ke jinjang pelamin. Bercinta pun sudah dekat tiga tahun, jangan lama-lama sangat, nanti melepas diri sendiri yang merana.
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: