Sunday, November 8, 2009

Rasa kacak jadi lelaki




PELAKON dan penyanyi, Cyndi Wang sebenarnya bukan asing di kalangan penggemar drama atau lagu-lagu Jepun dan Taiwan. Cyndi bukan sahaja menjadi pujaan kerana wajah comelnya, tetapi juga cukup terkenal kerana kredibilitinya.

Mendapat pendidikan dalam bidang lakonan di Sekolah Seni Okazaki, Taipei, Taiwan dan Hua Gang Yi Xiao, Cyndi memulakan kariernya pada tahun 2003 sebagai penyanyi.

Dibesarkan oleh ibunya, Cyndi seorang yang bercita-cita besar. Sekali terjebak dalam industri seni, dia memanipulasi dirinya bukan sekadar sebagai penyanyi pop, sebaliknya gadis yang juga mempunyai skil tarian yang dipelajari daripada Jepun ini sukses sebagai pelakon.

Terbaru, bakat lakonannya ditonjolkan dalam drama romantik Momo Love.

Dikongkong lima abang walau usia melewati remaja, Cyndi membawa watak Tao Hua yang menjalani hari yang sukar untuk menjalin cinta. Namun kerana bijaksana, biar sering diawasi Tao Hua tetap berjaya bercinta.

Menjadi satu-satunya pelakon wanita dengan dikelilingi lima pelakon lelaki hebat termasuk Ken Chu. Abe Lan, Sphinx Ding, Godfrey Kao dan Jing, itu bukan halangan untuk Cyndi menyerlah.

Bergaul selama dua bulan dengan pelakon-pelakon lelaki, kata Cyndi hubungan mereka sudah menjadi seperti adik-beradik sebenar. Malah dia juga cukup ‘masak’ dengan sikap ‘abang- abang’nya.

Lebih-lebih lagi apabila buat pertama kalinya si manis berusia 27 tahun ini harus menyamar sebagai seorang lelaki untuk meloloskan diri daripada abang-abangnya.

“Saya berasa sangat kacak dan rasa seperti lebih daripada seorang lelaki,” ujar Cyndi yang harus bersolek selama lebih dua jam untuk menukar identiti manisnya kepada seorang lelaki untuk babak dalam Momo Love.

Drama bersiri ini kini hangat ditayangkan di 8TV pada setiap Ahad pukul 6.30 petang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: