Sunday, November 8, 2009

Kahwin kali ketiga


EARLY merahsiakan perkahwinan kali ketiganya.


DALAM diam-diam, hos dan juga model majalah Playboy Indonesia, Andhara Early rupanya sudah berkahwin buat kali ketiga.

Pengakuan tersebut dibuat Early kepada salah seorang anggota band Wali. Dia memberitahu bahawa perkahwinan tersebut hanya diketahui keluarga terdekat.

"Saya sudah menikah dua minggu lalu. Tak ada sebarang majlis diadakan. Sudah tidak sesuai dengan saya," katanya kepada anggota band Wali sewaktu menjadi model untuk klip video terbaru band tersebut.

Bagaimanapun, sewaktu hal tersebut diajukan media, Early yang memang kontroversi tidak mahu memberi sebarang pengesahan.

Terdahulu Early telah berkahwin dengan mantan vokalis ME, Ferry Marta Wijaya. Dia kemudian dikurniakan seorang anak yang dinamakan Magali. Namun, wanita ini tidak mengakui Magali sebagai anaknya dan mereka bercerai.

Terdengar juga gosip yang mengatakan Magali sebenarnya adalah hasil hubungan sulit Early dengan vokalis Peterpan, Ariel.

Setelah bercerai dengan Ferry, Early kemudian menikah dengan sutradara Cessa David Lukmansyah yang juga tidak kesampaian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: