|
|
SINGAPURA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata, beliau akan sedaya usaha menggerakkan negara bagi memastikan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi lima peratus pada tahun depan, dua peratus lebih tinggi berbanding anggaran awal kerajaan.
Menurut beliau, pentadbirannya akan mengumumkan model ekonomi baharu Malaysia menjelang akhir tahun yang mengenal pasti sumber baharu pertumbuhan ke arah meningkatkan kadar pertumbuhan negara berbanding tiga peratus pasca krisis.
"Saya belum pasti sama ada ia boleh dicapai, namun saya akan mencuba yang terbaik," kata Najib dengan penuh yakin pada sesi dialog Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan sempena mesyuarat para pemimpin APEC, di Suntec di sini.
Najib adalah antara ahli panel pada dialog bertema 'Adakah Krisis Global Sudah Berakhir'. Ahli panel lain termasuk Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick; Pengerusi Global PricewaterhouseCoopers International, Dennis M Nally dan Presiden Pembangunan Inter-American, Dr. Luis Alberto Moreno.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: