Tuesday, November 10, 2009

Pensijilan halal akan dibincangkan




KUALA TERENGGANU - Isu pensijilan halal akan menjadi fokus utama Persidangan Ketua-Ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia kali ke-81 selama dua hari di Pulau Duyung bermula semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz (gambar) berkata, ia perlu dibincangkan selepas Jakim diberi tanggungjawab tersebut baru-baru ini.

"Mesyuarat jemaah menteri membuat keputusan untuk menggembalikan semula tanggungjawab pensijilan halal kepada Jakim yang sebelum ini di bawah bidang kuasa agama negeri.

"Kita perlu memantapkan persijilan halal di negara ini selepas Jakim meneroka peringkat antarabangsa sejak akhir tahun 70-an," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan itu di sini kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Menurut Wan Mohamad, Jakim akan mengadakan perbincangan dan menyelaras dengan semua pihak berkuasa agama negeri berhubung perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: