Monday, November 2, 2009

Penjenayah bersenjata parang serang polis ditembak


MOHD. RIZAL dengan tangannya yang cedera ditetak penjenayah di Kampung Derdap Gaal, Pasir Puteh kelmarin.


BESUT - Salah seorang daripada dua penjenayah cedera parah ditembak manakala seorang anggota polis cedera di tangan dalam pergelutan di Kampung Derdap, Pasir Putih, Kelantan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 11.45 pagi ketika dua anggota polis peronda itu mengekori sebuah lori yang dinaiki dua lelaki di Kampung Padang Luas di Jerteh yang dilihat mencurigakan.

"Menyedari mereka diekori, lori itu dipandu laju memasuki sempadan Kelantan di Kampung Bukit Yong dan kemudian masuk ke Kampung Wakaf Raja," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, sampai di Kampung Derdap, lori tiga tan itu terbabas pada saluran pembentungan dan ia tidak dapat bergerak.

"Anggota polis mengarahkan, kedua-dua lelaki itu supaya menyerah diri tetapi mereka enggan keluar dari kenderaan itu dan membawa dua bilah parang," kata beliau.

Katanya, dua anggota polis itu kemudian mengejar dua lelaki itu sebelum berlaku pergelutan antara dua anggota polis itu dan dua penjenayah terbabit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: