Monday, November 2, 2009

Duit JKM dapat 1 haribulan


SHAHRIZAT (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan kebajikan Agustine Teoh di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mula membayar bantuan bulanan kepada 283,389 penerima di Semenanjung pada 1 haribulan sejak September lalu walaupun tarikh pembayaran itu hanya berkuat kuasa pada Januari depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tindakan mempercepatkan tarikh pembayaran tersebut dibuat sebagai tanda prihatin kerajaan yang memahami nasib golongan yang memerlukan.

"Usaha ini diharap akan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah seperti yang terkandung dalam salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," katanya selepas menyampaikan bantuan kebajikan kepada 170 penerima di Pusat Bayaran Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak di sini semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, pembayaran pada 1 haribulan kepada penerima bantuan di Sabah dan Sarawak akan bermula 1 Januari 2010.

1 comment:

  1. WANG KEBAJIKAN CUCUP TAK UNTUK MENYARA HIDUP. NAK KEHOSPITAL-TEMUJANJI,MAKANAN KHAS,SEKARANG UBAT SEPERTI MECOMIN,JARUM PICAGIRI,LLN SEMUA KENA BELI SENDIRI.RAMAI YANG MAKAN NASI DGN BAWANG,UBI KAYU...............UR

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: