Saturday, November 21, 2009

Pelbagai filem menarik di Astro Citra sepanjang Disember



CICAKMAN2 yang dibintangi Tamara dan Saiful Apek.

ASTRO Citra saluran 131 akan menutup tirai tahun ini dengan sesuatu yang menarik bakal dipersembahkan sepanjang Disember depan. Lebih istimewa pelbagai filem menarik disusun khas buat kanak-kanak dan keluarga sempena musim cuti sekolah.

Bermula 6 Disember, filem Brainscan - Aku dan Topi Ajaib bakal disiarkan jam 9 malam. Filem arahan Ahmad Idham ini menceritakan mengenai keberanian dan kenakalan budak lelaki yang hidupnya menjadi kucar kacir selepas menemui mesin yang boleh membaca fikiran manusia. Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Nik Farith Adruce, Muhammad Eric Fuzi dan Erin Malek.

Selain itu filem XX Ray dan XX Ray 2 akan disiarkan pada 13 dan 20 Disember. Terowongan Casablanca pada 12 Disember, Senario XX pada 27 Disember.

Sementara slot Karya Malaysia Astro Citra akan membawakan filem lakonan penyanyi dan pelakon Erra Fazira yang akan disiarkan setiap Sabtu jam 9 malam bermula Sembilu (5 Disember), Sembilu II (12 Disember), Maria Mariana (19 Disember) dan Maria Mariana II (26 Disember).

Selain itu, Astro Citra turut menyiarkan pelbagai drama istimewa antarabangsa untuk kanak-kanak dalam slot Cuti-Cuti Citra dan akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi sepanjang Disember.

Dunia animasi Citra pula akan disiarkan setiap Sabtu jam 10 pagi dengan membawakan filem animasi antarabangsa terkini yang pasti membuatkan kanak-kanak terhibur. Antara filem itu seperti A Venetian Rascal Goes to America dan Catcher-Cat City 2.

Brainscan - Aku dan Topi Ajaib memulakan siaran musim di cuti sekolah.

Slot Superhero Asia kembali atas permintaan ramai yang bakal disiarkan setiap Ahad jam 10 pago bersama barisam filem hebat seperti Superior Ultraman & Brothers, Lastikman, Fantasticman dan Cicakman2; Planet Hitam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: