Saturday, November 21, 2009

Rentak Malam: Hari Jadi rai Rhythm in Bronze





BAGI meraikan ulang tahun ke-12 Rhythm in Bronze, sebuah persembahan yang diberi nama Hari Jadi bakal dipentaskan di Petaling Jaya bermula 3 Disember.

Persembahan berkenaan diadakan berdasarkan perjalanan kumpulan teater gamelan terbabit, dengan memainkan lagu yang menyimpan seribu erti kepada sejarah serta kemajuan dicapai mereka.

Konsert yang dikira cukup istimewa itu dilangsungkan dengan kerjasama pereka produksi yang juga artis teater terkenal, Edward Sumun; serta pengarah muzik, Susan Sarah John dan Seow Lai Fong.

Persembahan terbabit akan turut menampilkan pemuzik yang banyak membantu kemajuan kumpulan berkenaan seperti pemain dram, Kamrul Hussin; pemain gitar, Isyam Swardy; pemain genderang, Sivabalan, Yasmin dan lain-lain.

Bagi menambahkan kehangatan pada acara yang penuh bermakna itu, kumpulan kedua Rhythm in Bronze yang dikenali sebagai Ribblets, akan turut diperkenalkan. Mereka akan mengadakan persembahan sulung di bawah pimpinan Ann Salina Peter.

Hari Jadi akan dipentaskan pada 3 hingga 5 Disember (8.30 malam) dan 6 Disember (3 petang). Ia diadakan di PJ Live Arts, Jaya One, Petaling Jaya.

Tiket berharga RM50 dan RM35 boleh didapati dengan menghubungi 03-22419999 atau layari www.ticketcharge.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: